Friday, 29 March 2013

Pencapaian Peperiksaan PSV SPM SMK KOTA KULAI 2003-2012

    PSV SPM DARI SEKOLAH HARIAN GRED B
  Sepuluh10 kali sudah Peperiksaan SPM di sekolah ni berlangsung sejak sekolah ini diwujudkan. Adakala pencapaiannya meningkat, adakala menjunam. Secara peribadi aku kata keputusan yang naik turun ni terletak pada jenis murid pada tahun semasa tu. Kalau datangnya ramai murid yang berdisiplin, Insyaallah keputusannya baik. Kalau datangnya ramai murid ada masalah disiplin, biasanya keputusannya tak baik. Tapi bagi aku yang mengajar subjek PSV ni dah terang-terang akan mengajar murid yang segelintirnya akan menimbulkan masalah disiplin. Tapi masalah macamana sekalipun disiplin diorang aku tetap sayang diorang semua OK! 
      Di sini aku bukan nak huraikan pencapaian keseluruhan Peperiksaan SPM sekolah aku. Aku nak cerita subjek aku saja, Pendidikan Seni Visual. Menurut rekod yang aku dapat dari setiausaha peperiksaan sekolah aku, ada dua kali keputusan PSV SPM mencatatkan di bawah 100% calon lulus. Tahun 2005 & 2008 ..sayang betul la..Tahun yang lain ok, semua 100% calon lulus. Tak apalah, yang lepas tu lepaslah. Kami terima ketentuan tu. Perkara yang lepas jangan dikenang. :-(
       Tahun 2003 & 2009 pulak, tiada seorang pun calon yang dapat A masa SPM tu. Tahun 2003 tu jugak GPS paling besar dalam sejarah. Aku belum ada di sekolah ni lagi waktu tu, jadi kurang pastilah apa sebenarnya yang berlaku waktu tu. Apa pun, yang aku pasti tahun 2012 merupakan tahun yang amat bermakna dalam kerjaya aku selaku guru Pendidikan Seni Visual yang mengajar murid tingkatan lima. Mana tidaknya, calon-calon 2012 ni telah mengubah GPS PSV ni menjadi paling kecil setakat ni dalam sejarah sekolah iaitu 4.20 ! (eleh! sekolah lain jauh lagi kecik GPS nya tak heboh pun.."sekolah lain itu diorang punya pasal lah..ada aku kesah"??!)

Pencapaian 10 Tahun Pendidikan Seni Visual SPM SMK Kota Kulai
(Sekolah Harian Gred B)
        Bukan tu saja, jumlah calon yang dapat A pun adalah paling ramai dalam sejarah. Selama ni paling ramai cuma 5 orang saja, tapi calon 2012 yang dapat A ada 11 orang ! (eleh! Sekolah lain calon dia berpuluh-puluh orang dapat A tak heboh pun.."sekolah lain itu diorang punya pasal lah..ada aku kesah"??!). Sememangnya aku berbangga dengan keputusan seperti ini, aku bersyukur dengan apa yang aku terima. Ini semua atas usaha budak-budak tu sendiri jugak.. diorang nak, diorang dapat. Bagi aku, aku cuma jalankan tanggung jawab seperti biasa. Janganlah pula dibandingkan pencapaian ni dengan sekolah lain. Aku sedar ni tak seberapa. Tapi aku jugak sedar banyak lagi sekolah yang pencapaian PSV nya jauh lagi teruk dari apa yang aku dapat ni..KAN ??? ;-) Kita lebih kenal budak sendiri berbanding orang lain, jadi kita patut tahu bila nak bangga dan bila nak berdukacita.

         Apa yang masih menjadi tanda tanya aku ialah adakah pencapaian yang baik sebegini dipengaruhi oleh suasana Studio Seni Visual sekolah aku??.. ini kerana pencapaian PSV SPM bagi tahun 2011 & 2012 yang agak baik ini terhasil setelah Studio Seni Visual sekolah aku itu mula digunakan secara total iaitu pada tahun 2011 & 2012 tersebut..hmmm.. 

Friday, 15 June 2012

Bengkel Mewarna Menggunakan Media Campuran (Mix Media Workshop)



Program ini telah berlangsung pada 13 Jun 2012 lalu yang mana dianjurkan oleh JKD Seni Visual Kulaijaya. Selaku tuan rumah aku telah merancang perjalanan program ini dari 8 pagi sehingga 4.30 petang. Dalam tempoh ini dua sesi bengkel telah diadakan iaitu Catan Alam Benda pada sesi pagi dan Catan Alam Semulajadi pada sesi petang. Puan Roslina Bt. Parumo dari SMK Sultan Ibrahim telah dilantik  sebagai fasilitator dalam program ini. Manakala guru pengiring murid pula bertindak sebagai mentor. Peserta terdiri daripada 30 orang yang mana kesemuanya merupakan murid tingkatan lima dari 15 buah sekolah.
Bengkel ini pada dasarnya bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik-teknik menghasilkan sesuatu catan dengan menggunakan pelbagai media mewarna serentak. Misalnya pensel warna, warna air dan oil pastel digunakan pada masa yang sama. Kebiasaanya mereka hanya tertumpu pada satu-satu bahan mewarna sahaja ketika menghasilkan catan. Bagi pihak JKD PSV, harapan kami apabila mereka berada di sekolah masing-masing, mereka mampu memberi pendedahan ini kepada rakan-rakan mereka (in-house training).

Suasana Sesi Pagi.
Pada sesi pagi, peserta diberi latihan melukis objek alam benda yang berada dihadapan mereka seperti set cawan, set bentuk geometri dan set buah-buahan tempatan. Selepas itu mereka akan diajar kaedah terbaik mewarnakan objek-objek tersebut menggunakan media campuran serentak. Faktor kesan pencahayaan dan bayang juga diterapkan dalam latihan ini.

Puan Roslina Binti Parumo adalah seorang guru Pendidikan Seni Visual yang sememangnya terkenal di daerah Kulaijaya dalam bidang catan ini. Beliau banyak menghasilkan karya-karya catan sama ada untuk pertandingan mahupun koleksi peribadi. Justeru itu pihak JKD PSV telah menggunakan kepakaran beliau bagi membimbing para peserta.

Catan komposisi Alam Benda merupakan salah satu soalan lazim yang terdapat dalam soalan Peperiksaan Seni Visual Kertas 2611/2 SPM. Ianya kerap menjadi pilihan murid kerana kebiasaannya soalan ini tidak disertakan figura manusia dan  haiwan yang sukar untuk dilukis bagi setengah-setengah murid. Melalui bengkel sebegini, dapatlah peserta mempelajari kaedah terbaik bagi menajamkan lagi skil mereka dalam catan jenis ini.

Bimbingan dari guru pengiring dalam latihan penghasilan catan alam benda ini amat diperlukan agar peserta sentiasa dalam keadaan fokus terhadap apa yang mereka sedang lalui. Ini penting agar mereka mampu untuk mencapai objektif program ini.

Contoh Karya Catan Alam Benda Yang Sedang Dihasilkan Peserta.

Bengkel seperti ini memberi peluang kepada peserta untuk mengenal pasti kelemahan diri masing-masing dalam bidang lukisan dan catan. Seterusnya dapat memperbaiki kelemahan yang ada pada diri mereka.

Perjalanan bengkel telah berjalan lancar tanpa sebarang masalah yang tidak diingini berlaku. Ini banyak dibantu oleh ahli jawatan kuasa program yang telah dilantik. AJK Persiapan Tempat & QM bagi bengkel ini telah  dipertanggung jawabkan kepada 3 orang terpilih daripada ahli Kelab Seni Visual SMK Kota Kulai. Mereka telah membantu banyak urusan penting sepanjang bengkel ini diadakan. Terima Kasih.

Pada sesi petang, bengkel diteruskan pula dengan latihan catan alam semulajadi. Kali ini peserta diajar teknik-teknik sesuai digunakan dalam catan pemandangan alam. Guru pengiring turut membantu murid mereka dalam latihan ini.

Sebahagian Peserta Yang Sedang Dibimbing Oleh Guru Pengiring.

Penggunaan media campuran seperti pensel warna, oil pastel dan warna air dalam satu catan untuk kertas Peperiksaan SPM ini mahupun di dalam folio Kajian Rekaan Seni Visual  boleh menghasilkan kesan warna yang lebih segar dan tampak kreatif berbanding jika hanya satu media yang digunakan.

Suasana Sesi Petang.
Peluang seperti ini seharusnya digunakan peserta sebaik-baiknya bagi mendapatkan kemahiran mewarna  ke tahap yang lebih tinggi kerana bengkel seperti ini tidak mungkin dapat dilaksanakan selalu di daerah Kulaijaya ini. 

Peserta juga boleh mempelajari sesuatu daripada peserta lain ketika bengkel ini berlangsung. Perkongsian maklumat dan skil individu juga antara penyumbang kepada peningkatan kemahiran peserta.

Contoh Karya Catan Alam Semulajadi Yang Sedang Dihasilkan Peserta.

Para peserta yang terlibat dalam bengkel ini telah menunjukkan kesungguhan yang tinggi dalam mempelajari teknik mewarna. Mereka menggunakan peluang yang ada bagi menajamkan lagi kemahiran yang mereka miliki agar berada ditahap terbaik.

Bagi pelawat yang mengunjungi bengkel ini sememangnya mereka merasakan teruja dan bangga apabila melihat para peserta berjaya menguasai teknik-teknik mewarna catan yang telah dipelajari para peserta.  Sesungguhnya bengkel seumpama ini telah berjaya memberikan impak yang menguntungkan kepada murid.

~ Sekian ~
Pihak JKD PSV Kulaijaya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan bengkel ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.







Saturday, 2 June 2012

Aktiviti Seni Visual (Visual Art Activity)

Koleksi gambar-gambar aktiviti seni visual.


Catan.

Catan.

Mural.

Folio.

Folio.

Folio.

Folio.
Folio & Produk KRSV

Produk KRSV

Produk KRSV

Folio & Produk KRSV

Folio KRSV

Papan Tanda Blog
Mural

Friday, 1 June 2012

Kolam Hari Malaysia (National Day Kolam)

Kolam ini bukanlah kolam ikan mahupun kolam mandi, tapi ianya satu seni beras yang popular bagi masyarakat India. Kolam ni aku rancang bersama cikgu Devi Anuratha di sekolah. Kami hasilkannya pada bulan September 2010 bersama-sama beberapa murid dan kakitangan sekolah. Saiznya aku tak ukur pun. Simple aje designnya cuma masa buat memang kena berhati-hati la supaya nampak kemas. Fokus aku cuma dua, selain dari aktiviti Panitia Pendidikan Seni Visual, kolam ni juga bertujuan memberi pendedahan kepada kaum melayu dan cina tentang seni masyarakat India ini. Biar diorang rasai bagaimana seronoknya susun beras berwarna ni menjadi satu hasil kerja seni. Sebab aku tau memang diorang tak pernah buat selama ni. Kos bahan untuk  buat kolam ni RM40.00 aje, itu untuk beli beras hancur dan pewarna. 

Mewarnakan Beras.
Cikgu Devi dan seorang murid menggaul pewarna bersama beras untuk mendapatkan warna yang dikehendaki.

Seronok.
Budak-budak ni kalau dapat peluang macam ni memang suka sangatlah. 

Belajar.
Bukan semua murid india pernah rasa buat kolam ni. Diorang pun ada yang baru kenal cara nak buatnya. Nasib baik ada cikgu Devi.

Perpaduan.
Saat macam inilah yang aku paling suka. Bila tengok orang melayu, india dan cina sama-sama turut serta menyiapkan projek ni aku rasa macam bahagia sangat tinggal di negara kita ni. Moga-moga negara Malaysia akan terus kekal aman, makmur dan sentosa, amin.

Sentuhan Pengetua.
Ini mantan pengetua SMK Kota Kulai, sekarang ni dia dah berpindah. Dia pun tak pernah dapat peluang buat kolam sebelum ni. Pak Cik Awang tu pun joint jugak.

Cikgu Zainal, Cikgu Hiew, Cikgu Ayu & Hajah Norizah.
Pakat-pakat rasai sorang sikit buat kolam ni.

Hampir Siap.
Ketika ni, semua orang dah mula suka la. Kolam dah makin siap.

Cikgu Yat, Cikgu Azirul & Cikgu Farah.
Boleh nampak raut wajah keterujaan diorang ketika ni. 

Penamat.
Babak-babak terakhir menabur beras.

SIAP.
Akhirnya selesai jugak projek ringan ini. Yang penting matlamat dah tercapai, semua orang yang terlibat pun seronok ianya siap.

Aku.
Aku yang ambil gambar diorang semua takkan gambar aku sendiri pulak yang takde.
Heh heh! :-) 

P/S : Selepas sambutan Hari Malaysia 16 September tu, kitorang pun bersihkan la balik kawasan ini dan beras-beras ni tadi disedekahkan kepada ayam. :-)



~SEKIAN~

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek kolam 1 Malaysia ini.

Tugu 1 Malaysia (Statue Of 1 Malaysia)

Projek membina Tugu 1 Malaysia ni telah bermula pada 12 November 2009. Ianya siap sebulan selepas tu iaitu sebelum penggal sekolah tahun 2010 bermula. Projek ni aku rancang semata-mata untuk mengadakan sebuah mercu tanda yang melambangkan perpaduan antara kaum di SMK Kota Kulai ni. Arca binaan ini juga diwujudkan dengan harapan menjadi arca konkrit 1 Malaysia terbesar pertama dibina di sekolah mahupun mana-mana pejabat kerajaan di negara ini ketika itu. Aku rasa betul la kot, biasanya aku pernah tengok yang besar dari ni pun bukan diperbuat dari konkrit, papan je. Untuk arca binaan aku ni ukuran ketinggiannya aku dah tak ingat, korang agak-agak sendirilah nanti berdasarkan tinggi orang dalam gambar di bawah. Kalau nak tau jugak dengan tepat, tinggalkan komen untuk aku, nanti aku gi ukur balik ye.. Jadi, nak dipendekkan cerita, masa buat benda ni memang meriah sangat, dari murid, cikgu, staf sokongan, pekerja pembersihan sehinggalah ke pengawal keselamatan kitorang sama-sama menyiapkan projek ni. Tanpa upah mana-mana buruh binaan pun. Tak mengira jantina mahupun kaum, malah berhujan berpanas pun sanggup. Alhamdulillah akhirnya arca binaan yang kami harapkan menjadi tu pun memang menjadi kenyataan. Untuk pengetahuan, projek ini menelan kos keseluruhan mencecah RM 2500.00 ketika itu. Mana dapat duit? Macam aku pernah cakap sebelum ni la, nak seribu daya, tak nak seribu dalih :-).. Jadi, di sini aku muatkan beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan sepanjang projek ini dijalankan.


Bancuh Simen.
Kitorang tak guna langsung khidmat buruh binaan. Si Hazly, Naim & Safek murid sekolah ni pun reti la nak bancuh simen.

Pengalaman Berguna.
Kalau tak kerana projek ni, rasanya muda-muda macam ni diorang takkan terdedah dengan kerja-kerja berat ni. Biar diorang menilai sendiri.

Bancuh Simen.
Cikgu Hafiz dan Cikgu Megat. Terbaik!


Permulaan.
Waktu ni dah mula terbayang bila la agaknya boleh capai ketinggian yang diharapkan tu..ini baru sikit.

Sentuhan Guru Media.
Cikgu Manivannan pun tak lepaskan peluang sumbangkan tenaganya dalam projek ni. cayalah!

Makin Seronok.
Muda-muda dulu tak dapat peluang ikat bata macam ni, sekarang bila dah tau dia dah mula rasa best la tu. Bahagian keliling ni semua buah tangan cikgu Hafiz la.

Bahagian Tapak.
Fuh!, macam tak percaya tapak dah siap, susunan bata pun dah cantik. Memang kukuh.  

Ikat Bata Selesai.
Bersusun bata diikat sampai ke atas, pastu dalamnya dicurah bancuhan simen+batu kerikil+tanah..memang padu sungguh tugu ni.

Hasil Kerja Pengawal Keselamatan.
Yang plaster simen ni pak cik jaga sekolah aku. Smart tuu.. Dia boring takde apa nak buat dia datang la tolong-tolong mana yang patut.

Laman 1 Malaysia.
Sejak ada tugu ni, nama Laman Muhibah ni dah ditukar menjadi Laman 1 Malaysia.. Dan yang 'comel' kat atas tugu tu aku la. :-)

Komitmen.
Disebabkan Cikgu Azirul yang paling senang nak panjat antara keempat-empat cikgu ni, jadi kerja gayat macam ni diberikan pada dialah.. :-)

Touch Up.
Cikgu Farah diberikan tugas khas iaitu menampal rekahan-rekahan atau lubang-lubang yang terbentuk di sekitar tugu ini sebelum ianya akan dicat.
Undercoat.
Cikgu Azirul ditemani Cikgu Mahathir di bawah terik panas matahari (nak hujan) sedang menyapu lapisan cat pertama untuk tugu 1 Malaysia ni.


SIAP.
Alhamdulillah, tugu yang dirancang selama ni berjaya disiapkan sepenuhnya. Boleh tahan kan? Kami bukan profesional dalam bidang ni. Sekurang-kurangnya hasilnya tetap membanggakan kami.  Malah, disebabkan tugu ni, sekolah dapat peruntukan luar untuk bina sebuah wakaf berserta jambatan penghubung di kawasan ni. Perasan tak belakang tugu tu? tu la wakafnya. Jambatannya depan tugu ni la. 



~SEKIAN~

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH TERLIBAT DALAM PROJEK 
TUGU 1 MALAYSIA  SMK KOTA KULAI !!