Tuesday, 22 May 2012

STUDIO SENI VISUAL SMK KOTA KULAI (Kota Kulai Secondary School Visual Art Studio)

 (Maklumat Dan Foto Diruangan Ini Setakat 31 Mei 2012 Sahaja)



SELAMAT DATANG


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Aku perkenalkan diri sebagai Cikgu Shahrul. Aku bekas graduan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (2002-2006) dalam jurusan Sarjana Muda Pendidikan Seni. Sejak 2007 aku telah berkhidmat di sebuah sekolah menengah yang bernama SMK Kota Kulai dalam daerah Kulaijaya, Johor. Aku mengajar subjek Pendidikan Seni Visual SPM dan Geografi Tingkatan Tiga. Sekarang aku nak menceritakan serba sedikit tentang Studio Seni Visual SMK Kota Kulai sejak aku berada di sini. Sebenarnya sekolah ini ditubuhkan pada 2002. Ianya dikira masih muda ketika ini. Studio seninya berada di aras 4 iaitu aras paling atas bangunan sekolah ni. Disebabkan faktor darjah ketersampaiannya yang menyusahkan lagi memenatkan jadi tak hairanlah studio seni sekolah aku memang daif. Tidak diselenggarakan dengan baik. Sedih aku tengok. Takde sapa pun yang sanggup nak jaga studio tu.Ditambah pulak ada yang mengatakan bilik-bilik yang berada di aras 4 tu semuanya menggerunkan."Keras" tempat tu kata diorang. Memanglah dah dindingnya konkrit,mestilah keras.. :-)
Tapi entahla, kadang-kadang aku tak nafikan memang aku sendiri pernah lalui saat-saat bulu roma meremang ni bila duduk di studio seni sekolah aku. Biarlah, yang penting aku tak berniat nak usik 'dia'. Niat aku baik, nak bagi ilmu kat anak murid aku.Kalau 'dia' pun nak tumpang belajar dengan aku pun dipersilakan asalkan 'dia' tak menampakkan wajah dia cukuplah. :-) 
Dulu studio seni sekolah aku ni memang serba kekurangan, tapi BBM dan ABM tetap ada. Namun tiada langsung keceriaan yang dapat aku lihat ketika itu, hodoh senang cerita. Walaupun ada usaha gigih dari Ketua Panitia Seni yang lama dulu namun semuanya sia-sia apabila murid-murid tidak bertanggungjawab kepada studio itu. Habis punah ranah dibuatnya. Sehinggakan tiada langsung foto yang sanggup dirakamkan dalam studio itu dulu. Tapi sejak aku ambil alih jawatan Ketua Panitia Seni ini tahun 2010 lalu menggantikan Ketua Panitia Seni lama itu yang berpindah negeri, aku tak tunggu lagi, aku buat perubahan mendadak demi untuk buktikan yang aku sungguh-sungguh terhadap mata pelajaran ini. Aku nak melonjakkan nama PSV dan  pencapaian mata pelajaran ini di daerah aku. Cakap saja tak guna, mestilah kena buat dulu.. Lagi satu, aku nak buktikan bahawa graduan dari UPSI memang berdaya saing.  Dan inilah hasilnya sejak 2011.. p/s AKU BUKAN NAK BANGGAKAN DIRI, TAPI MEMANG PATUT AKU BERASA SEKELUMIT BANGGA DENGAN APA YANG TELAH  KAMI USAHAKAN BERSAMA UNTUK SEKOLAH KAMI. bak kata pepatah aku, "FROM NOTHING TO EVERYTHING"..haha.. DAN BILA AKU MATI NANTI, SETIDAK-TIDAKNYA AKU DAH BERJASA UNTUK SMK KOTA KULAI & UNTUK ANAK-ANAK MURID AKU TAK KIRA BANGSA.. Begitu juga dengan murid-murid yang bertungkus lumus mengecat dan membantu mengubahsuai studio ni tahun 2011 lalu. Korang dah berjasa kepada sekolah tau tak!.
Studio Seni Visual SMKKK.
Ini yang aku termampu setakat ni.. Nampak simple tapi untuk menyiapkan sebegini pun mengambil masa lebih 6 bulan. Buat berperingkat-peringkat. Kosnya memang mencecah RM5000.00. Malah sampai sekarang aku giat cari dana lagi untuk upgrade studio aku ni. Kos cat la paling mahal sebab luar dalam pakai jenis weather bond. Tikar lantai, tikar meja dan alas perspek meja tu pun dah RM 1800.00.. Air cond? Two Horse Power dua bijik kena bedal dalam studio ni dulu..geram sungguh aku..tinggal wayar dengan suis je.. Tile? makan tahun jugak la aku nak rasa semua tu.. Daripada mana sumber kewangan aku cari untuk ubahsuai studio ini itu tak perlulah aku cerita. Nak seribu daya,tak nak seribu dalih. Kalau nak dibandingkan dengan studio-studio seni sekolah-sekolah elit @ di bandar-bandar besar macam K.L & Shah Alam tu memang aku tau diorang jauh hebat, diorang banyak sponsor yang bermurah hati, tapi bagi aku di sekolah di Bandar Koboi Kulaijaya ni aku bangga jugak dengan apa yang kami ada. Sekolah pun kecik, murid 1000 orang je, sponsor jauh sekali la..hmm tengokla tu, kat atas meja murid tu aku letakkan alas daripada perspek je.Di bawahnya aku letakkanlah  contoh-contoh lukisan. 
Alas cermin mahal sangat nak beli. Tak cukup bajet. Nampak tak tepi tu, itu pun ada yang patah. Aku gamkan balik. Budak-budak sekolah ni ramai yang tak reti nak hargai usaha guru dia selama ni. Memang selalu bikin gua panas.. :-)

Pintu Masuk Bilik Ketua Panitia PSV.
Bukan semua KP Seni Visual dapat bilik sendiri tau :-)
Papan hitam?.. ada orang cakap kat aku, sekarang orang dah guna white board+pen marker, tak pakai dah black board ni lagi.. aku cakap la, guna kapur ni senang nak campur-campur warnanya, senang nak buat ton, senang nak buat shading, teksturnya pun lagi smart dari pen marker..baru betul nak tunjuk demo kat budak-budak.. Orang tak seni ni tau nak mengkondem aje.. tapi aku akui memang berhabuk la guna kapur..

Stor BBM.
Dalam tu tempat segala barang seni disimpan. 


Pintu Masuk Studio Seni Visual SMKKK.
Selamat Datang!..

Sebelum murid masuk, diorang akan beratur dulu. Dah semua sampai baru aku bagi diorang masuk. Kasut kena bukak la.

Studio Seni Visual SMKKK.
Pandangan dari sudut belakang studio.  LCD Projector tu aku bantai yang PPSMI punya.. PPSMI kan dah takde lagi.  Asalkan aku guna untuk P&P dahla.. Wifi Zone? ada..tapi macam takde je..boleh la.

Keputusan Pendidikan Seni Visual SPM 2003-2011.
Sekolah ni kategori B sekolah harian biasa,so paham-paham lah dengan GPMP nye.
Ni pun kira antara terbaik la jugak kat daerah ni. 

Water Filter.
Pun ada, demi kebersihan dan kesihatan. Sinki tu mesti kena sentiasa berkilat.

Tempat Duduk.
Murid akan sentiasa susun balik kerusi kat belakang macam ni selepas habis kelas. Tali merah tu maksudnya budak dilarang masuk ke kawasan tu.

Buku Rujukan.
Buku teks Seni Visual memang takde, so belajar teori dengan buku rujukan la selama ni.

Bendera Malaysia & Johor.
Aku orang Perak, tapi di mana bumi dipijak,di situlah langit dijunjung.

Kelab Seni Visual.
Baju Eksklusif Kelab Seni Visual SMKKK dijual pada harga RM26.00, Topi nye RM15.00...Santa Claus tu pulak tolong jadi 'jaga' kat Studio ni. ;-) 
Peringatan khas untuk murid.
Budak-budak seni tingkatan 4 & 5 sekolah ni bukan semua suka seni,
diorang ambik subjek seni ni pun sebab terpaksa. 
Sebab itu yang sekolah aku tawarkan bagi kelas-kelas belakang. 
Tak hairan la bila diorang suka ponteng.

Logo Kelab Seni Visual SMKKK.
Ini logo kelab Seni Visual sekolah, boleh la daripada takde. Kalau bikin background untuk  nametag pun orait gak ni.


Peringatan Untuk Murid Nakal.
Alhamdulillah, dua perkara ni tak berlaku
dalam studio seni aku ketika P&P..

Papan Tanda Feveret Aku.
Budak Seni SPM tahun 2011 yang tolong bikin. Aku lukis, diorang mengecat.

Daulat Tuanku.
Gambar DYMM SPB YDPA Sultan Abdul Halim dan Permaisuri Agong tak boleh dilupakan.


Studio Seni Visual SMK Kota Kulai.
Ini gambar dari pintu masuk studio. Untuk murid, aku tak benarkan masuk ke dalam ruang selepas tali merah tu.

Tak Main La Pakai Skirting.
Aku tak suka skirting, sebab bila cukup seminggu
 berlambak sampah bawah meja tu  budak-budak buang. 
Ye lah, pakai skirting mana nampak 'kerja' diorang bawah meja.. Hmm, nampak tak label putih banyak-banyak yang ada logo KPM kat depan meja tu? itu label tempat duduk bagi Ketua Panitia PSV Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Kulaijaya ni. Semuanya ada 16 buah sekolah menengah. Kitorang mesyuarat JKD kat sini la. Setahun 2-3 kali.. Aku ni S/U JKD PSV Kulaijaya ler..Memang beban.. 

Tak Main La Pakai Skirting.
Kalau skirting nak kena basuh selalu. kalau tak, banyak habuk melekat. Dah tu sape yang nak basuh?..
Sebab kebersihan mesti nak dijaga.

Tak Main La Pakai Skirting.
Nak sapu sampah bawah meja pun senang. 
Nampak je budak bagi jatuh sampah bawah meja dia, terus aku tegur suruh kutip balik.. Oh ye, lupa nak bagitau, semua orang yang pernah masuk studio ini akan tinggalkan tandatangan pada papan tanda ni. Buat kenang-kenangan.

"Skrin" LCD Projector.
"Skrin" putih tu aku cat aje terus ke dinding. Senang. Kekal. Kat sini pun ada lagi buku rujukan aku letak. Buku rujukan banyak sangat dah. Pembekal buku pun dah tak nak jual buku lagi kat aku.

Stor Menyimpan Produk KRSV.
Dua-dua stor ni aku simpan produk-produk KRSV SPM  budak.
 Ada yang tak tuntut dekat 7 tahun pun ada. Papan dart tu kadang-kadang aku dok baling dart jugak. Itu sumbangan Unit Kokurikulum sekolah aku.

TV
Ada la jugak dari takde.Dapat jugak tengok TV3. PS2 pun bole main beb!..

Tempat sabun basuh tangan tu tak tau la bila aku nak lekat kat dinding..

"Amaran Keras Lagi Direct.
Alhamdulillah, perkara macam ni tak berlaku dalam studio aku.

Ikan.
Akuarium mini kesayangan aku. Hari-hari aku datang sekolah, sabtu & ahad pun datang sebab nak bagi ikan aku makan.

Papan Kenyataan.
Tak payah lekat kain@kertas berwarna lagi. Cat aje terus soft board tu.

Logo.
Pasukan Feveret aku Barca. Budak-budak aku banyak minat MU dan Chelsea.


Self Potret.
Aku tampal kat atas pintu masuk bilik aku dalam studio ni. saje tampal sebab tak nak biar atas tu kosong.

Meja Kerja Aku. 
Aku duduk sorang-sorang je dalam ni. Aman sikit. Senang nak cari ilham. Peti ais pun ada beb! sebelah kiri gambar ni, nampak sikit je badan peti ais tu. Sebelah frame gambar aku dengan isteri aku tu la. Dapur dengan tong gas pun ada sini. Apa lagi nak?

 Walaupun aman namun kadang-kadang di sini la bulu roma aku akan meremang. :-)


Murid kelas Aku 5 UTM 2012.
Gambar dan realiti sebenar diorang adalah berlawanan sama sekali :-)

Tayangan LCD Projector.
Masa ni diorang kusyuk tengok video teknik-teknik nak mewarnakan kasut untuk KRSV SPM tahun 2012. 
Kelas Tambahan.
Bagus budak-budak ni..Semangat SPM 2012 :-)


Aktiviti Ahli Kelab Seni Visual.
Apa yang diorang lukis tu semuanya hasil ikut suka diorang 100%. Aku bekalkan cat aje. Buatlah apa yang korang nak buat asalkan tak mencarut kat dinding tu dahla. Yang penting dinding-dinding kat studio seni visual kita ceria! :-)

Sampai Mati Takkan Lupa.
Inilah manusia-manusia yang banyak berjasa pada studio seni visual ni ketika pengubahsuaiannya. Hampir setiap hari diorang tolong aku ubahsuai studio ni. Gambar ni masa diorang tingkatan lima tahun 2011 ketika kerja-kerja ubahsuai dijalankan. Bulan Mac-April diorang kerja mengecat dinding aje, pastu sambung Mei-September buat kerja-kerja naik taraf dalam studio ni sampai la puas hati. Sekarang, murid tiga orang dalam gambar  kat atas tadi tu la antara generasi penyambung yang membantu aku meneruskan kerja-kerja penyelenggaraan studio ni semasa ke semasa. Insyaallah kontrak diorang sampai 2013 :-).. Hmm, memang jasa dan pengorbanan korang cikgu takkan lupa sampai bila-bila. 


Mesyuarat Pengetua Sekolah-Sekolah Daerah Kulaijaya.
Semua ni adalah pengetua sekolah-sekolah menengah di daerah Kulaijaya ini. Ada 16 sekolah semuanya. Diorang bermesyuarat di Studio Seni Sekolah aku. Mahukan kelainan katanya..
Jadi ini merupakan satu penghormatan yang aku terima. :-)







Kesimpulannya, kalau sebelum tahun 2011 dulu budak seni malas nak naik tangga tinggi-tinggi ke studio seni sebab alasannya terlalu tinggi, letih dan panas tapi sekarang jangankan budak seni, budak tingkatan tiga yang belajar geografi dengan aku pun sibuk nak masuk studio seni untuk belajar geografi dalam tu. So sekarang sejak 2011 aku dah tak payah masuk kelas diorang semua lagi, baik seni @ geografi diorang yang akan masuk ke studio aku tiap kali waktu P&P. Senanglah aku. 
:-D

19 comments:

  1. Cantiknye studio seni sekolah cikgu,mesti makin semangat budak2 nak masuk belajar kat situ.

    ReplyDelete
  2. wow... great job shahrul.... good luck... SYABAS....

    ReplyDelete
  3. sangat menarik dan kreatif.. Tahniah...!

    ReplyDelete
  4. hebat cikgu.. smg akan terus bersemangat.. tgok keje2 cikgu saya pun jadi bsemangat untuk menghias bilik seni sek sy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Caiyokkk!!! Demi seni, tetapkan perjuangan!!

      Delete
  5. Sy batch 2002-2006 upsi ( AT 23).... Cuba teka...sape sy..hehe... Ko ade ku ade juga...ko pencetus semangatku dr dulu lg...meh kte up gred kan lg bilik seni sek sek sendiri.cayiok..cayiok....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, kalo semua cikgu seni mcm kita kan meriah subjek ni kat malaysia..amin

      Delete
  6. fantastik n bombastik arr studio seni skul cikgu... tanx for the idea... i kehabisan idea but bila tgk studio ni bersemangat nak mula balik hmm gud idea tak payah pakai skirting kat meja serabut kan?

    ReplyDelete
  7. fantastik n bombastik arr studio seni skul cikgu... tanx for the idea... i kehabisan idea but bila tgk studio ni bersemangat nak mula balik hmm gud idea tak payah pakai skirting kat meja serabut kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom la kita kongsi idea..sama2 bagi maju studio seni

      Delete
  8. Bilik seni mmg x sesuai skirting2. Yg penting ceria, praktikal, kemas dan bersih. (Cikgu seni dari upsi jugak!)

    ReplyDelete
  9. woi Bro...tetiba je terserempak dgn blog ni...cayalah ...memang terserlah la jiwa seni...tahniah...

    p/s...sejak kena pegang bilik pengurusan diri ni...terasa jugaklah meremang kekadang bila duk sorang2 kat atas tu...hu..hu...

    ReplyDelete
  10. tahniah cikgu kerana berjaya mengubah suai bilik seni jadi 10 bintang!! saya dulu pernah susun meja seperti cikgu, tapi saya ada masalah bila murid saya lebih dari 30 orang nak guna meja sebab meja begini hanya sesuai untuk 20 - 25 murid sahaja.. murid cikgu memang sikit ke???

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum cikgu...nk tny..softboard tu cat dgn ape? Kalau cat dgn cat pelaka boleh?

    ReplyDelete
  12. seronok lihat pengurusan bilik cikgu tu.. apa-apa pun semangat cikgu nie yang saya sangat puji. bukan senang nak mantain bilik seni sorang-sorang tau... tahniah cikgu...

    ReplyDelete
  13. tahniah..kemas nampak selesa..teruskan perjuangan cikgu:)

    ReplyDelete