Friday, 1 June 2012

Tugu 1 Malaysia (Statue Of 1 Malaysia)

Projek membina Tugu 1 Malaysia ni telah bermula pada 12 November 2009. Ianya siap sebulan selepas tu iaitu sebelum penggal sekolah tahun 2010 bermula. Projek ni aku rancang semata-mata untuk mengadakan sebuah mercu tanda yang melambangkan perpaduan antara kaum di SMK Kota Kulai ni. Arca binaan ini juga diwujudkan dengan harapan menjadi arca konkrit 1 Malaysia terbesar pertama dibina di sekolah mahupun mana-mana pejabat kerajaan di negara ini ketika itu. Aku rasa betul la kot, biasanya aku pernah tengok yang besar dari ni pun bukan diperbuat dari konkrit, papan je. Untuk arca binaan aku ni ukuran ketinggiannya aku dah tak ingat, korang agak-agak sendirilah nanti berdasarkan tinggi orang dalam gambar di bawah. Kalau nak tau jugak dengan tepat, tinggalkan komen untuk aku, nanti aku gi ukur balik ye.. Jadi, nak dipendekkan cerita, masa buat benda ni memang meriah sangat, dari murid, cikgu, staf sokongan, pekerja pembersihan sehinggalah ke pengawal keselamatan kitorang sama-sama menyiapkan projek ni. Tanpa upah mana-mana buruh binaan pun. Tak mengira jantina mahupun kaum, malah berhujan berpanas pun sanggup. Alhamdulillah akhirnya arca binaan yang kami harapkan menjadi tu pun memang menjadi kenyataan. Untuk pengetahuan, projek ini menelan kos keseluruhan mencecah RM 2500.00 ketika itu. Mana dapat duit? Macam aku pernah cakap sebelum ni la, nak seribu daya, tak nak seribu dalih :-).. Jadi, di sini aku muatkan beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan sepanjang projek ini dijalankan.


Bancuh Simen.
Kitorang tak guna langsung khidmat buruh binaan. Si Hazly, Naim & Safek murid sekolah ni pun reti la nak bancuh simen.

Pengalaman Berguna.
Kalau tak kerana projek ni, rasanya muda-muda macam ni diorang takkan terdedah dengan kerja-kerja berat ni. Biar diorang menilai sendiri.

Bancuh Simen.
Cikgu Hafiz dan Cikgu Megat. Terbaik!


Permulaan.
Waktu ni dah mula terbayang bila la agaknya boleh capai ketinggian yang diharapkan tu..ini baru sikit.

Sentuhan Guru Media.
Cikgu Manivannan pun tak lepaskan peluang sumbangkan tenaganya dalam projek ni. cayalah!

Makin Seronok.
Muda-muda dulu tak dapat peluang ikat bata macam ni, sekarang bila dah tau dia dah mula rasa best la tu. Bahagian keliling ni semua buah tangan cikgu Hafiz la.

Bahagian Tapak.
Fuh!, macam tak percaya tapak dah siap, susunan bata pun dah cantik. Memang kukuh.  

Ikat Bata Selesai.
Bersusun bata diikat sampai ke atas, pastu dalamnya dicurah bancuhan simen+batu kerikil+tanah..memang padu sungguh tugu ni.

Hasil Kerja Pengawal Keselamatan.
Yang plaster simen ni pak cik jaga sekolah aku. Smart tuu.. Dia boring takde apa nak buat dia datang la tolong-tolong mana yang patut.

Laman 1 Malaysia.
Sejak ada tugu ni, nama Laman Muhibah ni dah ditukar menjadi Laman 1 Malaysia.. Dan yang 'comel' kat atas tugu tu aku la. :-)

Komitmen.
Disebabkan Cikgu Azirul yang paling senang nak panjat antara keempat-empat cikgu ni, jadi kerja gayat macam ni diberikan pada dialah.. :-)

Touch Up.
Cikgu Farah diberikan tugas khas iaitu menampal rekahan-rekahan atau lubang-lubang yang terbentuk di sekitar tugu ini sebelum ianya akan dicat.
Undercoat.
Cikgu Azirul ditemani Cikgu Mahathir di bawah terik panas matahari (nak hujan) sedang menyapu lapisan cat pertama untuk tugu 1 Malaysia ni.


SIAP.
Alhamdulillah, tugu yang dirancang selama ni berjaya disiapkan sepenuhnya. Boleh tahan kan? Kami bukan profesional dalam bidang ni. Sekurang-kurangnya hasilnya tetap membanggakan kami.  Malah, disebabkan tugu ni, sekolah dapat peruntukan luar untuk bina sebuah wakaf berserta jambatan penghubung di kawasan ni. Perasan tak belakang tugu tu? tu la wakafnya. Jambatannya depan tugu ni la. 



~SEKIAN~

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH TERLIBAT DALAM PROJEK 
TUGU 1 MALAYSIA  SMK KOTA KULAI !!






2 comments: