Kolam ini bukanlah kolam ikan mahupun kolam mandi, tapi ianya satu seni beras yang popular bagi masyarakat India. Kolam ni aku rancang bersama cikgu Devi Anuratha di sekolah. Kami hasilkannya pada bulan September 2010 bersama-sama beberapa murid dan kakitangan sekolah. Saiznya aku tak ukur pun. Simple aje designnya cuma masa buat memang kena berhati-hati la supaya nampak kemas. Fokus aku cuma dua, selain dari aktiviti Panitia Pendidikan Seni Visual, kolam ni juga bertujuan memberi pendedahan kepada kaum melayu dan cina tentang seni masyarakat India ini. Biar diorang rasai bagaimana seronoknya susun beras berwarna ni menjadi satu hasil kerja seni. Sebab aku tau memang diorang tak pernah buat selama ni. Kos bahan untuk buat kolam ni RM40.00 aje, itu untuk beli beras hancur dan pewarna.
|
Mewarnakan Beras. Cikgu Devi dan seorang murid menggaul pewarna bersama beras untuk mendapatkan warna yang dikehendaki. |
|
Seronok. Budak-budak ni kalau dapat peluang macam ni memang suka sangatlah. |
|
Belajar. Bukan semua murid india pernah rasa buat kolam ni. Diorang pun ada yang baru kenal cara nak buatnya. Nasib baik ada cikgu Devi. |
|
Perpaduan. Saat macam inilah yang aku paling suka. Bila tengok orang melayu, india dan cina sama-sama turut serta menyiapkan projek ni aku rasa macam bahagia sangat tinggal di negara kita ni. Moga-moga negara Malaysia akan terus kekal aman, makmur dan sentosa, amin. |
|
Sentuhan Pengetua. Ini mantan pengetua SMK Kota Kulai, sekarang ni dia dah berpindah. Dia pun tak pernah dapat peluang buat kolam sebelum ni. Pak Cik Awang tu pun joint jugak. |
|
Cikgu Zainal, Cikgu Hiew, Cikgu Ayu & Hajah Norizah. Pakat-pakat rasai sorang sikit buat kolam ni. |
|
Hampir Siap. Ketika ni, semua orang dah mula suka la. Kolam dah makin siap. |
|
Cikgu Yat, Cikgu Azirul & Cikgu Farah. Boleh nampak raut wajah keterujaan diorang ketika ni. |
|
Penamat. Babak-babak terakhir menabur beras. |
|
SIAP. Akhirnya selesai jugak projek ringan ini. Yang penting matlamat dah tercapai, semua orang yang terlibat pun seronok ianya siap. |
|
Aku. Aku yang ambil gambar diorang semua takkan gambar aku sendiri pulak yang takde. Heh heh! :-) |
P/S : Selepas sambutan Hari Malaysia 16 September tu, kitorang pun bersihkan la balik kawasan ini dan beras-beras ni tadi disedekahkan kepada ayam. :-)
~SEKIAN~
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek kolam 1 Malaysia ini.